RSS Malay

2019-09-11 Stadium Nasional terbaik, tapi padangnya menyedihkan – Marwijk

KUALA LUMPUR: Selepas berjaya mengelakkan kejutan, dengan menang tipis 2-1 ke atas Malaysia, Ketua Jurulatih Emiriah Arab Bersatu (UAE) Bert van Marwijk memulakan sidang media selepas perlawanan, dengan memuji Stadium Nasional Bukit Jalil. Selepas perlawanan Kumpulan G, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 itu malam tadi, jurulatih dari Belanda yang membawa negaranya ke … Continue reading "Stadium Nasional terbaik, tapi padangnya menyedihkan – Marwijk"

2019-09-10 Harimau Malaysia lawan Great Britain untuk tiket Tokyo

KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki Malaysia kini siap sedia menghadapi tugas berat dalam usaha untuk melayakkan diri menyertai Tokyo Olympics 2020, setelah diundi menentang pemenang tiga kali pingat emas, Great Britain. Berdasarkan cabuatan undi dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Thierry Weil di Lausanne, Switzerland hari ini, Malaysia, pada ranking ke-11 di … Continue reading "Harimau Malaysia lawan Great Britain untuk tiket Tokyo"

2019-09-9 Perkara nombor satu dalam MMA ialah hormat – Khabib

SUNGGUH pun berjaya menumpaskan pesaingnya Dustin Poirier dalam aksi UFC 242 pada Ahad, Khabib Nurmagomedov berkata dia meletakkan rasa hormat yang tinggi terhadap pencabarnya itu. Menurut Khabib, situasi itu berbeza dengan semasa dia bertemu Conor McGregor pada Oktober tahun lalu, di mana banyak kata-kata berbaur hinaan dikeluarkan oleh petarung dari Ireland itu. Khabib berjaya mengekalkan … Continue reading "Perkara nombor satu dalam MMA ialah hormat – Khabib"

2019-09-8 Bianca Andreescu cipta sejarah, gagalkan misi Serena Williams

NEW YORK: Bintang tenis muda, Bianca Andreescu, cipta sejarah baharu Kanada apabila muncul sebagai atlet pertama negara itu yang menjuarai kejohanan Terbuka Amerika Syarikat 2019. Andreescu, 19 tahun, sekali gus mencipta sejarah menjadi atlet pertama Kanada menjuarai siri jelajah kejohanan terbesar dalam sukan tenis itu. Menerusi aksi yang berlangsung di Arthur Ashe di sini, Andreescu … Continue reading "Bianca Andreescu cipta sejarah, gagalkan misi Serena Williams"

2019-09-7 Pasangan profesional negara mara ke separuh akhir

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu profesional negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong melangkah ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Taiwan 2019 pada Jumaat. Pasangan yang menduduki ranking ke-15 dunia ini dengan bergaya menundukkan bekas pasangan nombor satu dunia Lee Yong Dae-Kim Gi Jung dari Korea Selatan 21-18, 21-19 dalam aksi suku akhir yang berlangsung selama 37 … Continue reading "Pasangan profesional negara mara ke separuh akhir"

2019-09-6 Provokasi melampau, Syed Saddiq janji tuntut bela

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman nyata kecewa dengan insiden yang melanda penyokong Malaysia di Gelora Bung Karno ketika perlawanan menentang Indonesia bagi aksi pertama Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023. Menerusi muat naik Twitternya, Syed Saddiq menegaskan bahawa beliau akan menuntut bela dengan membuat laporan rasmi kepada … Continue reading "Provokasi melampau, Syed Saddiq janji tuntut bela"

2019-09-5 Roelant rangka strategi selepas undian kelayakan Sukan Olimpik 2020

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad hoki negara Roelant Oltmans akan menunggu keputusan undian Kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, sebelum merangka strategi untuk pasukannya. Walaupun mempunyai beberapa idea bagi persediaan pasukannya selepas siri ujian empat perlawanan menentang Korea Selatan dari 19-29 Sept, jurulatih dari Belanda itu berkata keputusan undian kelayakan yang diketahui pada Isnin ini akan … Continue reading "Roelant rangka strategi selepas undian kelayakan Sukan Olimpik 2020"

2019-09-4 Pengalaman Mat Yo ditagih berdepan Indonesia – Cheng Hoe

JAKARTA: Penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha merupakan satu-satunya pemain dalam skuad negara terkini yang pernah merasai detik cemas menaiki kereta perisai sewaktu Malaysia menjulang Piala AFF menewaskan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno di sini, pada 2010. Pengalaman dikepung penyokong tuan rumah dan diba­ling objek keras yang dilalui Norshahrul ketika beraksi pada final berintensiti tinggi … Continue reading "Pengalaman Mat Yo ditagih berdepan Indonesia – Cheng Hoe"

2019-09-3 De Roo bayangkan mahu lanjutkan kontrak dengan FAM

SHAH ALAM: Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Peter de Roo, membayangkan beliau mahu melanjutkan kontrak semasanya dengan badan itu yang akan tamat pada penghujung bulan ini. Warga Belanda berusia 49 tahun itu yang dilantik pada 1 Sept 2017 itu berkata beliau berharap untuk meneruskan kerjanya, terutama untuk terus mempertingkatkan program pembangunan bola sepak … Continue reading "De Roo bayangkan mahu lanjutkan kontrak dengan FAM"

2019-09-2 Sukan SEA penanda aras terdekat skuad badminton sebelum Tokyo

PETALING JAYA: Sukan SEA Filipina pada akhir tahun ini bakal menjadi penanda aras terdekat kem badminton negara sebelum menyiapkan diri untuk cabaran getir pada Sukan Olimpik Tokyo 2020. Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, walaupun temasya dwitahunan itu hanya melibatkan pemain dari negara Asia Tenggara, tetapi ia bakal menentukan di … Continue reading "Sukan SEA penanda aras terdekat skuad badminton sebelum Tokyo"